Categories: SelebritiTrending

“Dah Dibayar Buat La Kerja Betul!” – Luah Rasa Bengang, Michael Ang Tempelak Siapa?

Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang memuat naik sebuah hantaran berbentuk luahan perasaan dan berang kepada seseorang.

Menerusi hantarannya di Instagram, Michael atau mesra disapa sebagai Mike mengakui berasa tertekan dengan seseorang ketika berada di set penggambaran.

Kata Mike, individu itu telah menyusahkan urusan orang lain malah bertindak menjawab dan merungut tentang salah orang lain.

“Memang pet pet la manusia-manusia ni semua! Menyusahkan kerja orang. Dah di bayar tu buat la kerja betul!

“Bila orang maki menjawab! Kalau jawab dengan berotak tak apa! Ni jawab macam sial lepas tu complain pasal salah orang lain tapi diri sendiri bersalah lagi berkepuk!!!

“Boleh mati oh kerja dengan orang macam ni! Berego tak bertempat! Pet pet naw naw!” luahnya.

Malah, Mike akui dia terpaksa membuat hantaran sebegini kerana terlalu tertekan dengan individu yang dimaksudkannya itu.

“Salam. Stress sampai tahap kena post! Kalau hari-hari kat set macam nib oleh mati cepat! Ok done letting it out. So move on la now!” tulisnya sebagai kapsyen.

Atiqah Johari