Selebriti By: Atiqah Johari June 13, 2024 @ 5:57pm

“Dah Pandang Isteri, Fikiran Teringatkan Anak” – Reda Jika Ajal Menjemput, Azlee Senario Kongsi Detik Kena Serangan Jantung

Pelawak dan pelakon, Azlee Senario berkongsi detik ketika dirinya terkena serangan jantung baru-baru ini.

Katanya, pada waktu itu dia hanya mampu mengucap dan reda jika ajalnya sudah menghampiri.

Lebih sebak, dia menceritakan saat itu dia hanya memandang isterinya dan teringat pada anak sulungnya yang sedang belajar di sebuah kolej di Melaka.

“Saya dah pandang muka isteri, anak sulung. Fikiran teringatkan anak yang belajar di kolej di Melaka. Saya pun mengucap dan saya cakap ‘Ya Allah jika kau nak ambil nyawa aku, aku dah tak tahan sangat dan aku reda’,” kongsinya.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa doktor mengatakan dia akan kehilangan nyawa jika tiba lewat di hospital.

Azlee berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media filem Saka Perawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu malam.

“Tapi Allah sayangkan saya dan doktor di IJN cakap lima minit lambat sampai, saya ‘pergi’.

“Cakap kat isteri ampunkan dosa saya. Meleleh air mata saya tapi saya bernasib baik kerana kejadian itu berlaku di rumah. Isteri dan anak-anak cepat bawa saya ke klinik. Alhamdulillah, saya dapat diselamatkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azlee turut meluahkan rasa syukur diberi peluang kedua untuk kembali bernafas.

Malah, dia turut berterima kasih kepada doktor dan pegawai perubatan yang membantu merawatnya.

Dalam perkembangan lain, Azlee membintangi filem komedi seram Saka Perawan yang bakal ditayangkan pada 27 Jun ini.

Selain Azlee, filem Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham ini turut dibintangi oleh pelakon baharu dan pelakon ‘legend’ seperti Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Isyariana, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Yassin Senario, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Saluran Jantung Tersumbat 99%, Azlee Senario Jalani Pembedahan Pasang Stent… Keadaan Kini Stabil

Artikel Berkaitan: “Sebulan Boleh Dapat RM15,000” – Tak Sangka Boleh Raih ‘Income’, Azlee Senario Seru Artis Senior Aktif ‘Live’ Di TikTok

Artikel Berkaitan: Nyanyi OST Saka Perawan, Gandingan Floor 88 Dengan Azlee & Yassin Senario Bakal ‘Rasuk’ Pendengar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Dec 2018

Al-Fatihah…Jenazah Adib Akan Dikebumi Penuh Istiadat Bomba

Al-Fatihah…Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke Jannah, Insya Allah.

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Girls’ Generation’s Yuri Haven’t Done Fan Meetings Because of Her Manager

Fans are extremely angry at the manager’s reasoning.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Dikejarkan Ke Hospital, Ummi Nazeera Mohon Doa Peminat

Ummi memohon doa daripada peminat-peminat beliau agar mendoakan kesihatan dirinya dan juga bayi dalam kandungan

Events Fri, 24 Aug 2018

#Kitapunya : Ini Bunkface Punya Eksperimen Sosial!

Jadi jangan lupa gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda

Trending Thu, 18 Aug 2022