Selebriti By: Atiqah Johari June 14, 2024 @ 4:20pm

“Dengan Orang Lain Bukan Main Lembut Gigi Dari Lidah, Dengan Isteri Bukan Main Serius… Dasar Setan!” – Datin Suliza Salam

Penyanyi, Datin Suliza Salam memuat naik sebuah hantaran panjang mengenai jodoh mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, dia seakan meluahkan rasa kesal dengan lelaki yang bermain kayu tiga di belakang isteri.

“Bukan mudah mendapat jodoh orang yang jujur… Sebab tu lah ramai yang selesa menyendiri… Sebab ramai mahluk yang macam SAMPAH … cakap lain buat lain… pantang dilayan… kalau dengan orang lain LEMBUT GIGI DARI LIDAH… BERPERINSIP SGT KONON… dengan isteri bukan main serious… dasar SETAN,” tulisnya.

Malah, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani ini juga mempersoalkan sikap segelintir suami yang sanggup menceraikan isterinya demi orang baharu yang dikenali.

“Nampak baik boleh di percaya..rupanya
BUAYA… sebab buaya movement dia senyap tau tau dapat mangsa… Baru KENAL berapa BULAN RELA TINGGAL ISTERI YANG DAH LAMA BERKORBAN… Ada juga yg berkawan lama TIBA TIBA kahwin orang lain… bahagia ke kalau kecewakan org..??,” ujarnya lagi di Instagram Stories.

Dalam pada itu, pelantun lagu Untuk Sekali Lagi ini menasihatkan orang ramai untuk tidak terlalu mudah mempercayai orang lain dan perlu berhati-hati.

“Memang kena sangat berhati?… menakutkan… Manusia selalu lupa Dia ingat dia bagus sangat… hebat sangat… padahal… BELOM KENAL BELOM TAU….

“So moral of the story jangan Mudah
percaya… Semoga diberi kekuatan pada yang mengalami… Bertabahlah… pasti ada sinar yang ALLAH akan hadirkan… aamiin MOVE ON…,” katanya lagi.

Datin Suliza Salam

Artikel Berkaitan: Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Artikel Berkaitan: Nama Ismail Izzani Dituduh Hamilkan Seorang Wanita, Syarikat Pengurusan Mahu Saman Penyebar Fitnah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Aug 2019
Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Fri, 13 Aug 2021

“Budak Lelaki Mimpi Arwah Diserbu Kanak -Kanak Palestin Di Suatu Tempat Cantik” – Shuib

Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu mengakui hilang kata-kata apabila satu demi satu kisah mengenai arwah isterinya, Siti Sarah diceritakan kepadanya. Kongsi Shuib di majlis tahlil Arwah Siti Sarah semalam, dia begitu tersentuh apabila menerima nota […]

Trending Fri, 10 Jun 2022

“Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

Azri mahu percepatkan pernikahan dengan Azra, diganggu wanita dikenali sebagai F.

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]