#tilljannah By: Dharnieya Nur Amelsa October 29, 2022 @ 5:16pm

“Dia Terima Aku Seadanya…” – Intan Saleh Syukur Dipertemukan Dengan Pasangan Baik

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh pernah berdepan dengan peristiwa hitam dalam hidupnya apabila perkahwinan terdahulu tidak kekal lama.

Namun, setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berjumpa dengan pelengkap hidup baru dan kini bahagia membina rumah tangga bersama pasangannya, Mohd Aizam Yahya pada Disember tahun lalu.

Dikhabarkan usahawan tersebut telah selamat melahirkan anak ketiganya pada bulan lalu.

Selepas melalui tempoh berpantang, Intan berkesempatan melakukan ‘photoshoot’ bersama seisi keluarga di kediamannya.

Dalam pada itu, usahawan tersebut turut berkongsi proses sepanjang pemotretan itu dijalankan di akaun TikTok miliknya.

Menerusi ruang kapsyen, Intan sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sanggup menerima dia dan anak-anak seadanya.

“Dia bukan sesiapa, aku terima seadanya macam mana dia terima aku dan anak-anak.

“Dia cakap dia tak banyak duit tapi dengan cari ni dia harap aku happy. Doakan kami bersama sampai bila-bila,” tulisnya dia ruang kapsyen.

@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Mengikut kisah tabah usahawan ini sejak dulu, rata-rata warganet tumpang gembira melihat kehidupan wanita berkenaan.

Malah warganet turut menitipkan doa agar hubungan pasangan tersebut kekal selamanya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 152,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan 335 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Hiburan Tue, 3 Mar 2020

COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

EYKA FARHANA DIKECAM? RAYU AGAR NETIZEN FAHAM

Penonton harus faham jalan cerita drama tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kerana dalam watak itu sahaja jelas menggambarkan bahawa dia merupakan seorang remaja yang terlalu meminati kumpulan kpop

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

BTS To Get Their Own Dolls by Mattel!

This is a next-level fame the boys are achieving.