Categories: SelebritiTrending

Didakwa Berbalah Dengan Shila Amzah, Syada Amzah Tampil ‘Buka Mulut’ – “Saya Sentiasa Perang Dingin Dengan Mereka”

Baru-baru ini, timbul spekulasi yang mendakwa penyanyi Syada Amzah sedang berbalah dengan kakaknya, penyanyi Shila Amzah apabila dia dilihat menggunakan tanda pagar #TeamSyahir untuk program nyanyian Famili Duo 3.

Malah, lebih mengukuhkan dakwaan apabila Syada dan Shila saling ‘unfollow’ akaun Instagram masing-masing.

Artikel Berkaitan: Guna Hashtag #TeamSyahir Untuk Famili Duo, Shila & Syada Amzah Saling Tidak Mengikuti di Instagram… Kenapa Ni?

Susulan itu, Syada tampil menjelaskan perkara sebenar bagi meredakan keadaan menerusi sebuah video di InstaStorynya.

“Assalamualaikum hi everyone, i taknak korang misinterpret apa yang i post semalam. So, kan ada dalam video tu cakap kakak (Shila) lagi power, Syahir lagi power. So, i bagi semangat to my brother because this is his very first singing competition yang dia masuk without his band.

“So, i was just showing my support as a sister and also i ada tulis like support The Amzahs. If we’re not okay i wouldn’t say The Amzahs. So, i really hope that clears the air,” jelas Syada.

Dalam pada itu, Syada juga menyatakan dia sentiasa ‘perang dingin’ dengan semua adik-beradik dan itu adalah perkara biasa.

Kata Syada, dia juga bertegur sapa dengan Shila ketika bertembung di sebuah acara dan berpelukan antara satu sama lain.

Oleh itu, pelantun lagu Hasrat ini meminta warganet untuk tidak risau akan hubungan adik-beradiknya.

“Cakap pasal dingin, i memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik i. I think we’re all normal human being, so normal je.

“I even bumped into her dekat Night of Fright elok je boleh bertegur sapa & peluk, tak tarik rambut no worries everyone, risau pasal family sendiri dulu ok?” tulisnya sebagai kapsyen.

Untuk info, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan: “Mak Mak Jangan Bawa Main” – Kesal Ibu Dikritik, Syada Amzah Perjelas Kenyataan ‘Berharap Tak Jumpa Jodoh Bodoh’

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Sokong Ibu Kahwin Lagi, Fauziah Sarman Harap Tak Jumpa Jodoh ‘Bod*h’

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Enggan Panggil Ubai ‘Abang’, Ini Respons Shila Amzah! – “Dia Tua 4 Hari Dari Awak”

Atiqah Johari