Categories: SelebritiTrending

Dituduh Hantar Sihir, Che Ta Enggan Panjangkan Isu… Pilih Maafkan Azwan Ali

Pelakon Rozita Che Wan memilih untuk tidak memanjangkan isunya bersama pengacara sensasi, Azwan Ali.

Memetik laporan Harian Metro, Rozita atau mesra disapa Che Ta menjelaskan bahawa dia pernah memaafkan Diva AA kerana enggan memanjangkan perkara remeh ini.

“Saya rasa mungkin dia suka mendapat perhatian sebegini. Isu yang timbul ini adalah sampah! Jadi, saya membuat keputusan untuk mendiamkan diri saja kerana tidak mahu melayan lebih.

“Berdasarkan kes sebelum ini, dia menarik balik kes namun meminta saya tidak memaklumkan mengenai permintaannya itu. Jadi saya menghormati permintaannya dan saya senyap saja.

“Malah, apabila orang tanya mengenai kes itu, saya hanya berdiam diri kerana sudah berjanji. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa dia masih mengeluarkan kenyataan sebegini selepas meminta maaf,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Diva AA bertindak memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya dan mendakwa seorang pelakon berusia berbulu mata lebat telah menyihirnya.

Susulan itu, Che Ta juga memuat naik hantaran dengan meminta pandangan daripada orang ramai sama ada perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara itu namun telah memadam hantaran tersebut.

“Patut ke saya menyaman individu ini kerana sudah melampaui batas. Kes yang sebelum ini pun dia yang minta untuk menarik balik kes namun tiba-tiba dia kembali mencari pasal dengan saya,” tulisnya.

Perbalahan mereka terjadi apabila Diva AA mengatakan pakaian yang digayakan Che Ta dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mendapatkan vaksin dua tahun lalu.

Ekoran itu, Che Ta membalas kenyataan itu dengan mengatakan individu seperti pengacara itu tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari