Categories: SelebritiTrending

Guna Foto Artis Wanita Tak Berhijab Bagi Sampaikan Ilmu, Lufya Omar Tegur Ustaz Ahmad Dusuki – “Ia Memalukan Kalau Saya Ditempat Dia, Saya Takkan…”

Baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik keratan artikel yang memaparkan wajah seorang pelakon wanita bagi membincangkan mengenai salah faham tentang kecantikan.

Katanya, kecantikan itu tidak boleh diukur dengan hanya pandangan mata kasar sebaliknya diukur dengan ketaatan seseorang.

“Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan, kecantikan itu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia, jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun di anggap cantik kerana syaitan akan menghiasi dan mewarnai kemaksiatan itu.

“Sebaliknya kecantikan diukur sejauh mana ketaatan itu, ketika mana seseorang taat semakin terserlah kecantikan kepada seseorang itu walau setua mana pun usianya,” tegurnya.

Namun begitu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar tampil bersuara dengan menegur pendakwah tersebut bahawa tindakan memuat naik foto pelakon wanita tersebut seperti memalukannya.

Malah, dia juga menyatakan bahawa jika dia berada di tempat pelakon tersebut dia tidak akan menerima teguran yang disifatkan mengaibkan.

“Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan untuk menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan. Kalau saya di tempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik.

“Seingat saya ketika saya ‘free hair’ hati saya terbuka nak berhijab dan berhijrah atas nasihat lembut dan sokongan orang-orang alim tanpa prejudis. Hati saya tertarik dengan kelembutan dan keikhlasan serta semestinya datang dari doa orang-orang alim. Sekadar berkongsi pendapat saya,” tulisnya di ruangan komen.

Artikel Berkaitan: “Mereka Larang Pakai Pakaian Palestin? Kenapa?” – Lufya Omar Luah Rasa Kecewa

Artikel Berkaitan: “Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Artikel Berkaitan: “Bukan Begitu Nak Jadi Penghuni Syurga, Ujian Tu Akan Angkat Darjat…” – Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Isu Mawar Rashid Kini ‘Free Hair’

Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Mengaku Sihir Punca Tak Lagi Bertudung, Ustaz Ahmad Dusuki Bidas – “Ini Pe’el! Jangan Kaitkan…”

Atiqah Johari