Categories: SelebritiTrending

Hadir Ke Perbicaraan Kes Pukul Bekas Isteri, Netizen Kecam Reaksi Wajah Hafidz Roshdi: “Asal Kat Mahkamah Je Jadi…”

Umum mengetahui rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi bersama bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah menemui noktah pada 27 Julai lalu.

Namun begitu, kes berkaitan dakwaan memukul isterinya pada bahagian pipi sehingga cedera sebanyak tiga kali itu disebutkan semula di Mahkamah Kuala Kubu Baru pada pagi Rabu ini.

Susulan itu, menerusi muat naik video sebuah portal hiburan, kehadiran Hafidz di mahkamah pagi tadi dengan bersut kelabu muda lengkap bertali leher mencuri perhatian warganet.

Malah, warganet turut mengkritik reaksi wajah polos pelakon itu yang didakwa sekadar lakonan.

Bukan itu sahaja, ada individu yang mendakwa pernah bertemu dengan Hafidz dan teman wanitanya yang dikenali sebagai Athira Yuhada namun wajahnya ceria sahaja.

Berikutan perbicaraan tadi, mahkamah menetapkan semula tarikh perbicaraan kes tersebut pada 6 dan 7 Februari 2024.

Sebelum ini, Hafidz didakwa atas pertuduhan menumbuk pipi bahagian kiri Shuhada hingga cedera sebanyak tiga kali ketika sedang berbincang di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor.

Walaubagaimanapun, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang menyebabkan Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajah dan meninggalkan parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 serta dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Dedah Derita Penyakit Bipolar, Kena Makan Ubat & Terima Rawatan Sejak 3 Tahun Lalu?

Artikel Berkaitan: “Allah Saksi Sebenar-Benarnya…” – Terbukti Hafidz Roshdi Waras, Nurul Shuhada Minta Diadili Dengan Baik

Artikel Berkaitan: Keputusan Belum Diketahui, Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Di Hospital Bahagia

Atiqah Johari