Categories: SelebritiTrending

Hambur Netizen, Che Ta Bengang Anak Dilabel ‘Pick Me Girl’ – “Harap Anak Kau Nanti Tak Jadi S*ndal Atau Call Girl”

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan meluahkan rasa bengang dengan seorang warganet yang bercakap buruk mengenai anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi akaun Instagram Aaisyah yang diurus sendiri oleh Rozita dan suaminya, pelakon Zain Saidin, dia memuat naik komen yang ditinggalkan oleh individu itu pada sebuah hantaran.

Kata individu itu, dia berharap Aaisyah tidak menjadi seorang ‘pick me girl’ apabila sudah dewasa nanti sebaliknya menjadi anak solehah.

“Aku harap esok besar tak jadi pick me girl dah 😂 esok besar hopefully jadi anak solehah,” komen individu itu.

Tidak berdiam diri, Rozita atau mesra disapa Che Ta tampil membidas komen individu itu menerusi Instagram Stories (IGS).

“Eh kau jangan kurang ajar eee nak komen anak orang suka suka hati!!! Jaga diri kau tu jangan sampai jadi sundal!!!

“Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal or call girl!!!” balasnya.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saidin berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang puteri iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9.

Manakala, menerusi perkahwinan sebelum ini, Che Ta memiliki dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25.

Artikel Berkaitan: Che Ta Terkejut Aaisyah Minta Barang ‘Skincare’ Berjenama Sempena Hadiah Birthday

Artikel Berkaitan: Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Artikel Berkaitan: “Nervous Wak” – Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Rozita Che Wan Hamil?

Artikel Berkaitan: Segaknya! Che Ta Kongsi ‘Behind The Scene’ Aaisyah Photoshoot, Peminat Komen: “Moga Kena Pinang Dengan Anak Raja”

Atiqah Johari