Categories: SelebritiTrending

“Jaga Keluarga Kita Elok-Elok, Jangan Terlalu Sibuk & Mengata Hal Orang” – Nora Ariffin

Penyanyi dan usahawan, Datuk Nora Ariffin memuat naik sebuah hantaran berbaur nasihat buat warganet.

Menerusi hantaran di InstaStorynya, Nora menasihati orang ramai untuk menjaga keluarga masing-masing dengan baik.

Malah, dia juga menegur untuk tidak terlalu sibuk mengenai hal orang lain dan mengumpat kerana nasib diri sendiri juga tidak diketahui.

“Jaga keluarga kita elok-elok, jangan terlalu sibuk dan mengata hal orang.

“Sebab kita pun tak tahu nasib kita akan datang,” pesannya ringkas.

Sebelum ini, hantaran Nora mencetus tanda tanya apabila memuat naik foto bersama suami dan mendakwa dia kini sedang hamil.

Walaubagaimanapun, Nora masih tidak memberi sebarang penjelasan mengenai spekulasi tersebut.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Kapsyen Di IG, Peminat Dakwa Nora Ariffin Kini ‘Berbadan Dua’?

Artikel Berkaitan: “Bukan Ditidurkan Cuma Tak Sedarkan Diri Selama 2 Hari” – Paru-Paru Penuh Air Sebab ‘Overdrip’, Nora Ariffin Syukur Diberi Peluang Kedua

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Seru JAKIM & Mufti Sokong Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat Tapi Netizen Pula Tegur “Memang Dah Sokong Dari Mula” 

Atiqah Johari