Categories: SelebritiTrending

Jantung Semakin Lemah, Ebby Yus Bakal Jalani Pembedahan Disember Depan

Pelakon dan pelawak Ebby Yus memaklumkan bahawa bakal menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung pada Disember depan.

Memetik laporan mStar, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia dinasihati oleh doktor untuk melakukan pembedahan ekoran keadaan jantungnya yang semakin lemah.

Namun begitu, Ebby masih menjalani aktiviti lakonan seperti biasa walaupun keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

“Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian saya berjalan seperti biasa dan mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon,” katanya.

Tambahnya, dia kini berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi menampung kos pembedahan yang bakal dijalani dianggarkan mencecah RM38,000.

Artikel Berkaitan: “Doktor Saran Pasang Bateri Pada Jantung Saya Sebab Dah Lemah” – Ebby Yus

Artikel Berkaitan: Alami Masalah Jantung & Buah Pinggang, Ebby Yus Kini Jalani Rawatan Alternatif

Sumber: mStar

Atiqah Johari