Events By: SGMS Faida December 11, 2019 @ 12:00pm

Jom Ke KL International Urban Youth Festival 14 Disember Ini!

Dengan iltizam merakyatkan seni kepada masyarakat, DBKL melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan bakal menganjurkan acara KL International Urban Youth Festival yang bakal berlangsung di Dataran Medan Pasar pada 14 Disember 2019 ini.

Pelbagai acara dari sesi persembahan seperti muzik, seni graffiti, x-games hinggalah E-sport menanti di sana. 

Acara kemuncaknya ialah bakal menampilkan kepelbagaian nuansa muzik dalam dan luar negara yang selaras dengan jiwa remaja kota seperti Hip-hop, Indie Rock, Reggae dll. 

Di antara selebriti yang terlibat ialah Ras Muhamad, Bittersweet, Ryotjones, Banyak Bunyi Republik, Diplomat of Drum berserta dengan variasi acara seperti sessi open mic, B-boy dan lain-lain aktiviti sepanjang acara berlangsung.

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Tuan Mohd Nazam bin Harun, penganjuran festival ini juga adalah tertakluk kepada salah satu manifesto dibawah program Inisiatif Wilayah Peduli yang membuka ruang bagi golongan remaja warga kota untuk berekspresi dengan kepelbagaian Sub-budaya yang mereka minati secara sihat dan terkawal dan dalam masa yang sama turut membuka ruang niaga sepanjang acara berlangsung, yang pastinya dapat meningkatkan ekonomi golongan ini.

“Pada peringkat awal ini, sebagai pemula, KL International Urban Youth Festival berlangsung dengan skala sederhana serta penglibatan dari aktivis seni Negara berhampiran sahaja seperti dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Insya Allah dimasa akan datang akan kami kembangkan acara ini dengan penglibatan penyertaan yang lebih luas lagi. Di antara objektifnya akan menjadikan acara sebegini sebagai diantara produk pelancongan bagi kota Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.

Bagi Ras Muhamad yang telah diangkat menjadi Duta Reggae Indonesia, dia teruja untuk beraksi pada malam itu nanti. 

Salam silaturahim buat Malaysia, moga keterlibatan saya dalam acara ini dapat merapatkan lagi tali persaudaraan serta meraikan rasa hormat dan cinta sesama tetangga,” ujarnya. 

Bagi peminat Rock Indie, ini masanya untuk anda berhibur dengan kumpulan Bittersweet untuk rehatkan minda selepas seminggu penat bekerja. 

Diharapkan kehadiran ramai bagi memeriahkan acara yang diadakan secara PERCUMA pada hujung minggu ini!

Ianya pusat sehenti kepelbagaian acara yang amat menarik bukan sahaja dikalangan golongan remaja, malah seisi keluarga.

*Untuk sebarang kenyataan tambahan boleh menghubungi saudara Faqrul Hakim Bin Hidzir, Penolong Pengurus Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL di Talian 0182549003.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Lima majlis kan? Satu dah pun selesai…Alhamdullillah.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Andai kata betul , semoga hubungan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime masih lagi baik

Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..

Hiburan Sat, 14 Oct 2023