Selebriti By: Atiqah Johari June 6, 2023 @ 9:20pm

“Kau Ada Black Market Ke Bro?” – Alami Anxiety, Fathia Latiff Dakwa Doktor Enggan Beri Ubat?

Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kesal dengan segelintir doktor di Malaysia ketika pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menerusi luahannya di Instagram Stories (IGS), Fathia mendedahkan bahawa doktor enggan memberi ubat yang bersesuaian dengan masalah kesihatannya.

“Ok, I nak bersuara sikit, I tak paham dengan Doctor kat Malaysia ni, ubat yang sepatutnya I dapat, yang I perlukan, dia tanak kasi, I ada masalah anxiety tapi bagi ubat lain, sepatutnya Dr patut berikan patient ubat yang kami perlukan, bukan ikut cita rasa or “rasa-rasa” doc itu sendiri!!

“Contohnya kan, kita sakit parut tapi Doctor kasi ubat pening kepala??? (Sapa-sapa ada pengalaman maca mini sila tag I, I akan repost)

“Lepastu bro, kau belajar tinggi-tinggi bro sampai jadi Doktor tapi kau tau aku anxiety kau bagi ubat yang aku tak sesuai bro baik ko dok umah je,” tulisnya.

Malah, Fathia berpendapat bahawa tindak sesetengah doktor sebegitu boleh menyebabkan salah guna dadah di Malaysia.

“Benda-benda macamni yang menggalakann PENJUALAN DADAH BESAR BESARAN KAT MALAYSIA, bro, kenapa kau nak saving sangat ubat bro? ke kau ada black market bila kau balik rumah ooopsss,” tempelaknya.

Malah, Fathia turut menggunakan tanda pagar #speakup pada setiap luahannya itu sebagai tanda dia bersuara mengenai hal ini.

Artikel Berkaitan: “Pernah Dengar Pasal Makeup & Rawatan Estetik?” – Wajah Terkini Dikritik, Fathia Latiff Tampil Beri Respons

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Apr 2023

Foto Mandi Laut Amir Ahnaf Buat Netizen Tak Keruan

Seronok betul mandi pantai time time raya macamni

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Bila dengar lagu Bimbangterus Min boleh imagine mesti drama Nur 2 ni lagi kontroversi

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

#LaguXTRA Thu, 14 Sep 2023

#LaguXTRA: Suka Dengar Lagu Ikut Mood, Hisyam Hamid Kongsi Rahsia Dapatkan Emosi Sedih Dalam Lakonan

Wahh menjadi rupanya method acting Hisyam ambil mood sedih sebelum berlakon

Trending Fri, 27 Dec 2019
Trending Wed, 1 Aug 2018

Gempar! Mayat Lelaki Terbaring Di Landasan LRT

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!