Categories: SelebritiTrending

“Kau Bukan Doktor, Acah Buat Surgery” – Hidung Rosak Lepas Buat ‘Rhinoplasty’! Fara Mendoza Kesal Ditipu ‘Beautician’

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Fara Mendoza bengang dengan sebuah pusat kecantikan dan estetik dengan mendakwa menipu dan tidak bertanggungjawab terhadap staf dan pelanggan.

“Orang dah kerja, kau bayarlah gaji! Kau sidai berapa banyak orang? Kau jugak yang suruh attend semua customer, kenapa nak aniaya staff? Jangan sampai aku expose semua benda kat sini,” tulisnya.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Fara juga mendakwa individu itu telah merosakkan hidungnya dan memiliki semua bukti.

“Tak payah nak pusing-pusing cerita, hidung aku ni pun kau rosakkan! Sedar diri kau sikit anjing kurap, puihh,” katanya.

Bukan itu sahaja, Fara juga mendedahkan foto bahagian hidung yang rosak selepas membuat rawatan Rhinoplasty di pusat kecantikkan itu.

Malah, dia juga mendakwa individu yang bernama Marianny itu bukanlah seorang doktor.

Lagi, Fara meluahkan rasa kesal apabila individu itu menjanjikan untuk memberi komisyen kepadanya selepas membuat review namun tiada.

Dia juga didakwa dimanipulasi oleh individu itu dan baru mengetahui bahawa individu itu bukanlah seorang doktor pakar kecantikan.

Sebelum ini, Fara pernah mengakui bahawa dia melakukan pembedahan kecantikan di bahagian hidung, bibir dan mengecilkan rahangnya.

Artikel Berkaitan: Tak ‘Fake’! Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang – “Biarlah Duit Saya”

Artikel Berkaitan: Tunai Umrah, Fara Mendoza Teruja Pertama Kali Jadi Tetamu Allah – “Korang Doakan Saya Ya”

Atiqah Johari