Categories: SelebritiTrending

Kongsi Kata Nasihat Di IG, Patimah Ismail Dedikasi Khas Buat Puteri Sarah – “Akan Ada Senyuman Disebalik Air Mata”

Sekali lagi, hantaran Datin Patimah Ismail yang juga ibu kepada pengarah Syamsul Yusof curi tumpuan warganet.

Sering tampil mempertahankan menantunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di media sosial daripada kecaman orang ramai dan dilabel sebagai ibu mentua dari Syurga.

Terbaru, Patimah memuat naik sebuah perkongsian yang dipetik daripada sebuah akaun Instagram lain yang memberi kata-kata nasihat.

“Allah tak kan pernah biarkan kita terus hidup dalam kesedihan. Akan ada kesenangan disebalik kesusahan.

“Akan ada senyuman disebalik air mata. Akan ada pelangi selepas hujan. Kerana janji Allah tidak akan kecewakan hambanya,” kongsinya.

Apa yang menarik perhatian adalah Patimah mendedikasikan hantaran tersebut khas untuk menantunya.

“Khas untuk Puteri Sarah Liyana,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Artikel Berkaitan: “Jangan Ada Yang Cemburu Betapa Kami Kisahkan Puteri Sarah” – Ibu Syamsul Merasai ‘Perit’ Dilalui Menantu Kesayangan

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Puteri Sarah, Kapsyen ‘Makan Dalam’ Ibu Syamsul Curi Perhatian Netizen! – “Biar Dia Meroyan, Jealous Tu”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Patimah Ismail Titip Nota Khusus Buat Puteri Sarah – “Pahit Manis Silih Berganti, Sabar & Ikhlas Penguat Hati…” 

Atiqah Johari