Categories: SelebritiTrending

Kongsi Keadaan Terkini, Khai Bahar Sedih Ibu Jadi Pelupa Akibat Sakit – “Rindu Mak Yang Dulu, Berat Nak Terima Tapi…”

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar tidak dapat menahan sebak setiap kali berkongsi mengenai keadaan ibunya, Rosnah Mohd, 62, yang menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Akibat daripada penyakit buah pinggang itu, Khai memaklumkan bahawa ibunya mengalami simptom lupa selepas menjalani rawatan dialisis dan situasi tersebut membuatkan dirinya berasa sedih.

“Dia (ibu) on-off, teruskan dialisis selang sehari dalam seminggu tiga kali. Kadang-kadang bila dia cuti dialisis, dia lupa lepas dialisis, dia okay.

“Sakit buah pinggang memang macam tu. Doktor dah pesan sampai satu tahap tu bila dia tak dialisis sehari, dia akan mengalami lupa, kadang-kadang merepek. Jadi, kita kena terimalah.

“Sedihlah. Selalu balik kampung dia yang paling meriah. Dia paling suka memasak, mengemas rumah semua dia buat.

“Mula-mula nak terima berat sikitlah, memang berat. Macam rindu mak yang dulu tapi sekarang kita dah cuba perlahan-lahan terima dan beri aura positif dekat dia. Jangan bagi dia sedih, bagi dia gembira saja.

“Walaupun dia tak kenal kita, kadang kita balik dia tanya ‘mana Khairul tak balik lagi’ padahal kita dekat sebelah dia je. Kita cuma bagi dia gembira sajalah,” kongsi Khai.

Malah, pelantun lagu Selagi Ku Ada ini memaklumkan dia turut menolak banyak tawaran berlakon drama dan filem atas faktor kesihatan ibunya itu.

Hal ini kerana, dia enggan menyusahkan pihak produksi atau mana-mana individu jika berlaku kecemasan mengenai ibunya yang berada di Perlis.

Khai Bahar ditemui ketika majlis pelancaran single baharu duet bersama Adira Suhaimi yang berjudul ‘Pejam’ di Kuala Lumpur pada 22 September lalu.

Artikel Berkaitan: Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Artikel Berkaitan: Hajat Pujuk Ibu Ke Hospital Tak Kesampaian, Khai Bahar Terlibat Kemalangan

Atiqah Johari