Categories: SelebritiTrending

Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memuat naik sebuah video pendek yang memperlihatkan keberadaannya di mahkamah.

Menerusi perkongsiannya itu, Bella bersama peguam syarie yang mewakilinya iaitu Azmi Mohd Rais dilihat sedang berbincang.

Namun begitu, Bella tidak meletakkan sebarang kapsyen pada hantaran tersebut namun menggunakan lagu latar belakang sedih yang berjudul ‘What Was I Made For?’ nyanyian penyanyi antarabangsa, Billie Eilish.

Susulan itu, ruangan komen Bella dibanjiri oleh kata-kata semangat dan doa yang ditinggalkan oleh rakan selebriti seperti Mira Filzah, Datin Intan Najuwa, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Pada Isnin lalu, Bella mengambil keputusan untuk memfailkan cerai secara ekspres daripada Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Manakala, Bella hadir ke mahkamah bagi sebutan pertama pada Rabu namun Aliff dilihat tidak hadir atas alasan sedang menjalani penggambaran.

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: “Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Atiqah Johari