Categories: SelebritiTrending

“Maaf, Saya Tak Mahu Komen” – Datuk Yusof Haslam

Penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu yang melibatkan menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof memohon maaf kerana dia tidak mahu memberikan sebarang komen ketika dihubungi.

“Maaf saya tak mahu komen,” jawabnya ringkas kepada wartawan Harian Metro.

Terdahulu, tular sebuah video rakaman semula sesi siaran langsung Puteri Sarah di mana ada seorang individu meminta dirinya untuk menjauhkan diri daripada mentuanya kerana kasihan akan Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: “Buang Sikit Busuk Hati Tu Dik” – Kesian Akan Ira Kazar, Individu Minta Puteri Sarah Jauhkan Diri Dengan Mentua

Malah, selepas tular video itu, isteri Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik foto Puteri Sarah dan mempertahankan menantunya itu.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Puteri Sarah, Kapsyen ‘Makan Dalam’ Ibu Syamsul Curi Perhatian Netizen! – “Biar Dia Meroyan, Jealous Tu”

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Manakala, Syamsul mengesahkan telah mengahwini kali kedua dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar pada 6 Januari lalu di Thailand.

Artikel Berkaitan: Bekas Menantu Kazar Masih ‘Berbunyi’ Selepas Disaman, Siap Pertikai Idah… Ini Respons Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Buatlah Apa Awak Nak Buat” – Nama Bekas Suami Terpalit, Syamsul Yusof Bagi ‘Greenlight’ Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari