Featured By: Fatin Nurain April 12, 2022 @ 10:29pm

“Mahu Mencuba Pelbagai Genre Muzik…” Wani Kayrie Tampil Dengan Single Pop Dansa Kemelayuan

Penyanyi, pelakon serta pengacara Wani Kayrie, atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah kini tampil dengan single pop dansa kemelayuan berjudul ‘Kamu Kamu’.

Lagu itu merupakan hasil gubahan komposer Ziin dan lirik oleh Jerry, manakala diterbitkan oleh label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment.

Menurut Wani, lagu tersebut adalah interpretasinya yang ingin mencuba pelbagai genre muzik agar tak ada yang terlepas sepanjang dia berkarya.

“Hampir 4 bulan single ‘Jangan Terlepas Pandang’ dilancarkan, saya kini bersedia untuk ke fasa seterusnya. Lagu ‘Kamu Kamu’ adalah interpretasi saya yang mahu mencuba pelbagai genre muzik. Dalam berkarya, saya mahu mencuba semuanya agar tak ada yang terlepas!” jelas Wani.

Wani turut menyifatkan kepelbagaian itu sangat penting dalam memperkenalkan lagi kebolehannya kepada orang ramai.

“Bagi saya, kepelbagaian itu sangat penting dalam memperkenalkan lagi kebolehan Wani Kayrie kepada orang ramai. Dan kalau ada jemputan untuk membuat persembahan pentas, saya sudah bersedia dengan portfolio yang pelbagai mengikut jenis acara,” terang Wani.

Selain itu, Wani juga berkongsi maksud lagu ‘Kamu Kamu’ yang berkisahkan tentang kerinduan dan kesetiaan seseorang terhadap pujaan hatinya.

“Menurut penulis lirik, lagu ‘Kamu Kamu’ bermaksud kerinduan seseorang terhadap pujaan hatinya yang tiada di depan matanya, kesetiaan dalam menantikan kepulangan pujaan hatinya itu terbawa sehingga ke dalam mimpi. Namun dia terus berharap agar pujaan hatinya itu kembali padanya,” jelas Wani.

Wani berharap agar lagu terbarunya ini mendapat penerimaan semua pendengar dan dijadikan sebuah fenomena dalam industri hiburan.

“Harapan saya semestinya agar semua pendengar dapat menerima dengan baik lagu ‘Kamu Kamu’ dan semoga lagu ini boleh menjadi tular atau mana tahu, sebuah fenomena dalam industri hiburan kita,” katanya.

Lagu ‘Kamu Kamu’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022
Events Wed, 1 Jan 2020
#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

小S被爆接演「道明寺家的女人」经纪人证实了!

中国版《流星花园》准备开拍,由偶像剧教母柴智屏重掌制作人,是否会找来前作的F4、大S回归,受到各界好奇!最新消息爆出,道明寺的妈妈或姐姐会是走红两岸的小S!

Featured Wed, 30 Oct 2019
Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

| Live TV

error: Content is protected !!