Categories: SelebritiTrending

“Masih Single Ke? Sudi Tak Jadi Imam Saya & Anak” – Syafie Naswip Dedah Wanita Berstatus Janda Ajak Kahwin?

Pelakon Syafie Naswip mendedahkan bahawa ada individu wanita berstatus janda yang mendekati dan mengajaknya untuk berkahwin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Syafie memuat naik kiriman mesej yang diterimanya di TikTok baru-baru ini.

Individu wanita itu mempersoalkan tentang status terkininya malah bertanya adakah dia sudi untuk menjadi suami dan ayah serta menerima anak-anaknya.

“Assalamualaikum… Syafie… Salam kenalan dari saya Zura… awak masih single ke?

“Sudi tak awak menjadi imam saya dan anak-anak saya,” tanya wanita itu.

Walaubagaimanapun, Syafie dilihat tidak menjawab kiriman mesej individu itu namun hanya menulis kapsyen ringkas beserta emoji.

“😹😹😹😹😹 Matilanak,” tulisnya.

Sebelum ini, Syafie pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 namun terputus pada 21 Julai tahun sama.

Malah, Syafie juga terpalit dengan kontroversi di mana dia didakwa mencederakan bekas tunangnya itu.

Artikel Berkaitan: “Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Artikel Berkaitan: Alami Kejang Perut & Sukar Bernafas, Syafie Naswip Selamat Jalani Pembedahan

Artikel Berkaitan: “Aku Tahu Kau Nak Aku Mati & Susah!” – 8 Bulan Menderita, Syafie Naswip Dedah Jadi Mangsa Sihir?

Atiqah Johari