“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto ketika sedang mendukung anak lelakinya yang berusia lima bulan.

Menerusi pemerhatian di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan wajah anak pelakon berkenaan dan meluah rasa ‘geram’ apabila melihat kecomelan Amir.

Mereka juga berpendapat bahawa wajah Wan Khair Amir seiras wajah ibunya.

“Copy habis muka mommy dia!”

“Muka mama sangat,” tulis salah satu pengikutnya di ruangan komen.

Untuk info, Mira dan suaminya Wan Emir Astar dikurniakan cahaya mata sulung mereka itu pada 10 Mei lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan mula mendedahkan wajah Amir menerusi sebuah foto keluarga mereka pada 2 Oktober lalu.

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

 

Dharnieya Nur Amelsa