Categories: SelebritiTrending

Pakai Topi & Rambut Terdedah, Netizen Tanya Mana Tudung? Ini Jawapan Fathia Latiff! – “Tudung Hilang Kak Tapi…”

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila tular video menampakkan rambutnya yang perang.

Menerusi perkongsian videonya di TikTok, Fathia dilihat sedang bersantai dengan mengenakan tshirt hitam berlengan pendek dan bertopi yang mendedahkan rambutnya.

Susulan itu, ada individu yang mempersoalkan mengenai tudung kepadanya.

“Laaa.. hilang dah tudung dia,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Fathia tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan dia masih mempunyai iman walaupun tidak bertudung.

“Tudung hilang kak, tapi iman insyaALLAH masih ada,” jawabnya.

Artikel Berkaitan:“Doakan Saya Cepat Dapat Jodoh” – Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Foto Pakai Topi, Nampak Telinga & Rambut… Netizen Sindir: “Kata Nak Syahid Kat Palestin, Macam Mana Ni?”

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Artikel Berkaitan: Kurang Terima Tawaran Berlakon, Fathia Latiff Berhasrat Nak Sambung Belajar Untuk Bergelar Peguam

 

Atiqah Johari