Categories: SelebritiTrending

Penampilan Terkini Fasha Sandha Dikritik, Ini Respons Aidil Aziz! – “Tak Kurus Pun Isteri Saya Sentiasa Seksi”

Penampilan terkini pelakon cantik Fasha Sandha menjadi tumpuan warganet apabila dia didakwa semakin seksi sejak kurus.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, suami Fasha iaitu pelakon Aidil Aziz menyatakan bahawa isterinya itu sentiasa seksi pada pandangannya tidak kira berbadan kurus atau berisi.

“Dia (Fasha) tak kurus pun, dia tetap seksi pada pandangan mata saya. Jadi, saya tak tahu nak komen macam mana bila orang nak pandang dia itu ke, ini ke.

“Sebab pada saya, isteri saya sentiasa seksi,” ujarnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Aidil juga menjawab dakwaan yang mengatakan Fasha lebih menyerlah dalam industri lakonan berbanding dirinya dan tidak menafikannya.

“Dia adalah seorang pelakon senior daripada saya dan dia sangat jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan komitmen.

“Saya sebagai suami dan juga pelakon juga, saya sendiri banyak belajar dengan dia dan dia juga banyak memberi pandangan positif terhadap dunia lakonan.

“Apapun, saya sebenarnya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting macam mana pun, dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia sebab kami nakkan kebahagiaan. Jadi, janganlah fikir apa orang nak cakap,” jelas Aidil.

Untuk rekod, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga bersama pada 30 Mac 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aisha Amaira, 3.

Manakala, menerusi perkahwinan pertama Fasha, dia dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 10 dan Putri Raysha Jemyma, 9.

Artikel Berkaitan: “Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari