Categories: SelebritiTrending

Penyanyi Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Industri hiburan mendapat perkhabaran duka mengenai penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 77, yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4.24 petang hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis terdekat.

Sebelum ini, Cinta memaklumkan bahawa bapanya kelmarin dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Kongsinya, doktor telah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik untuk mengawal jangkitan tersebut.

Malah, pihak keluarga tidak membenarkan kehadiran pelawat dan memohon semua pihak mendoakan kesembuhan penyanyi itu.

Pada 2018, hail pernah dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke dalam wad akibat masalah jantung.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari