Categories: SelebritiTrending

“Sakitnya Lebih Dari Covid” – Alami Gejala Teruk, Yana Samsudin & Keluarga Dijangkiti Influenza A

Pelakon dan usahawan, Yana Samsudin memaklumkan bahawa dia sekeluarga dijangkiti Influenza A dan dirinya mengalami gejala yang paling teruk.

Yana juga berkongsi bahawa virus tersebut mula menjangkiti dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 serta terpaksa dikuarantin selama seminggu.

“Haluuuuuuu morning korang… sikit lagi nak sihat dah ni…

“Itu laaa Yana dah pesan dengan anak-anak, “ko kalau nampak ada orang demam, ko lari je jangan main dengan dia, diorang main jugekkk.

“Dah terbaring 2 beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin,” ujarnya.

Malah, Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin berkata dia pula berjangkit dengan anak-anaknya walapun sudah mengasingkan tempat tidur mereka.

“Yana pulak, dah cuba asingkan tempat tidur, rajin pulak budak 2 orang ni datang melawat mommy dia… dah berjangkit kiter pulak.

“Ya Allah… sakitnya lebih dari covid… sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua laa… nasib #EnKetua Rumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kiter nihh,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Yana juga berkongsi keadaan mereka sekeluarga kini sudah beransur pulih namun dirinya masih mempunyai sisa gejala tersebut.

Atiqah Johari