Categories: SelebritiTrending

“Saya Jawab Relax Kan? Tak Ada Rapping Rapping Kan? – Noh Salleh

Umum mengetahui penyanyi Noh Salleh hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam hari ini bagi prosiding kes penjagaan anak angkatnya bersama bekas isteri, Mizz Nina.

Manakala, Mizz Nina pula tidak dapat hadir namun mewakilkan suaminya, Essam Muhammad bagi prosiding Sulh tersebut.

Namun begitu, warganet dilihat mengkritik gaya percakapan Essam dan menyamakannya seperti sedang rap ketika ditemu bual oleh media.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah Noh seakan menyindir gaya percakapan Essam dengan menyatakan dia menjawab dengan tenang tidak seperti suami bekas isterinya itu.

“Saya jawab relax kan? Takda rapping rapping kan?,” tulisnya pada hantaran di Instagram Stories (IGS).

Untuk info, Noh didakwa telah membawa keluar tanpa izin anak angkat mereka semasa ketiadaannya di rumah malah dia juga memuat naik foto Musa di media sosial sekaligus mengingkari perjanjian yang telah dibuat.

Noh juga didakwa berkelakuan tidak sensitif apabila bertindak mendedahkan nama penuh ibu kandung Musa dalam sebuah video permohonan maaf yang telah dibuatnya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Suami Mizz Nina Dedah Musa Bukan Nama Sebenar, Minta Noh Salleh Hubungi Dirinya – “Jangan Cari Isteri Saya, Cari Saya”

Artikel Berkaitan: Suami Mizz Nina Wakil Sulh Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Mohon Doakan Yang Terbaik

Artikel Berkaitan: Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

Atiqah Johari