Selebriti By: Atiqah Johari June 24, 2024 @ 7:38pm

“Saya Tak Nak Bercerita Lebih, Bimbang Jadi Aib” – Ippo Hafiz Elak Komen Isu Halang Isteri Jumpa Anak Bongsu

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz enggan memberi sebarang komen mengenai tidak membenarkan isterinya, Fara Roslan untuk bertemu dengan anak bongsu mereka.

Malah, memetik laporan Harian Metro, Ippo juga menyatakan tidak mahu membuka mulut kerana risau akan membuka aib isterinya.

Dalam pada itu, Ippo turut menyatakan bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan anak sulung mereka.

“Berkenaan isu anak, buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar.

“Sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati (pihak isteri) boleh cerita di mahkamah saja. Sebab, kalau bercakap soal anak, saya pun sudah lama tidak bertemu dengan anak pertama kami.

“Saya pun tak nak bercerita lebih kerana bimbang ia akan menjadi aib, jadi biarlah kita serahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya nanti. Saya mohon doa yang baik-baik,” jelasnya.

Untuk rekod, Ippo dan Fara berkahwin pada 24 Ogos 2019.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Yusof Zarin Nur, 4, dan Ibrahim Afi Nur, 2.

Namun begitu, Yusof tinggal bersama Fara manakala Ibrahim pula tinggal bersama Ippo semenjak rumah tangga mereka berdepan konflik.

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Isteri Larang Bertemu Anak – “Lindungilah Maruah Suami”

Artikel Berkaitan: “Sehingga Kini Saya Masih Jaga Aib Isteri & Keluarga” – Didakwa Bawa Lari Anak Bongsu, Ini Penjelasan Ippo Hafiz

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Didakwa Mungkir Janji & Bawa Lari Anak Bongsu? – “Dah 77 Hari Ibu Kandung Tak Dapat Jumpa”

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Selepas Isteri Tak Pulang Rumah Sejak November Tahun Lalu

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Dec 2018
Featured Mon, 22 Feb 2021

Mohon Kelonggaran Rentas Daerah Di..

Kerajaan negeri Terengganu memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penduduk di negeri itu diberi kelonggaran untuk bergerak merentas daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata permohonan itu bertujuan memperkasakan […]

#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
Featured Mon, 17 Apr 2023
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka.