Categories: SelebritiTrending

Seakan Larikan Diri, Pelawak & Pelakon Wanita Berstatus Janda Didakwa ‘Bersuamikan’ Pengkid?

Seorang pelawak dan pelakon wanita didakwa telah berpindah ke negeri lain dan sudah tidak tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikut seorang pengkid.

Malah, pelawak wanita itu juga didakwa tidak berselindung dengan menunjukkan dirinya itu seorang lesbian.

Lebih parah, pengkid itu memanggil pelawak wanita itu dengan gelaran ‘Wife’ dan sayang.

Memetik laporan Utusan Online, pelawak yang berstatus janda itu juga kini sukar untuk dihubungi malah seakan melarikan daripada orang ramai dan rakan artis.

Bukan itu sahaja, rakan baik pelawak itu yang juga seorang pelakon dan ‘taukey’ acara jualan mega negara turut meluahkan rasa hairan dengan sikap pelawak itu.

Sebelum ini, pelawak wanita ini juga dikatakan pernah tebal muka meminta sumbangan daripada rakan-rakan artis kerana tidak mempunyai pendapatan atas sebab jarang berlakon dan susah mendapat tawaran.

Sumber: Utusan Online

Atiqah Johari