Categories: SelebritiTrending

Segak Berbusana Songket, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bersanding Selepas Setahun Berkahwin

Pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail membuat majlis bersanding selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian Ungku di Instagram, mereka memilih tema klasik tradisional dengan mengenakan busana songket.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan di Selangor yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

“1 Tahun, 1 Bulan, 1 Hari selepasnya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan persandingan kami, keluarga dan kawan-kawan.

“Walimatul Urus Nad Zainal & Ungku Ismail,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk info, Ungku dan Nad berkahwin pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 10 Oktober 2023.

Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu, Nad mempunyai dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Artikel Berkaitan: “Terkejut Aku! Preggy 6 Weeks Apanya Nikah Baru Sebulan” – Ungku Ismail Kongsi Momen Nad Zainal Disahkan Hamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nad Zainal Pilih Ungku Ismail Sebab Lebih Bijak, Beragama & Ada Ciri Kepimpinan Jadi Ketua Keluarga – “Cari Lelaki Mampu Bawa Ke Jalan Benar”

Artikel Berkaitan: Tahniah! Berpakaian Sedondon Serba Putih, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Bernikah 23 Januari Lalu

Atiqah Johari