Selebriti By: Atiqah Johari June 14, 2024 @ 4:54am

Selepas Anak Sah Bercerai, Akaun Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif! – “Sebagai Insan Wajib Belajar Dari Kekhilafan”

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil kembali mengaktifkan akaun Instagramnya selepas penyanyi itu sah bercerai kali kedua dengan talak satu pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

Menerusi hantaran terbaharunya, dia menzahirkan rasa syukur kerana kemelut rumah tangga anak lelakinya itu telah selesai dan urusan mereka sekeluarga dipermudah serta diberikan ketenangan.

Dalam pada itu, Hafiza turut mengakui segala kekhilafan datang daripada diri mereka yang daif dan tidak sempurna.

“Alhamdulillahirobbilalamin di hari Khamis yg penuh baraqah ini kami mengucap syukur Allah permudah kan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Yg baik itu semua nya dari Allah dan sebalik nya adalah khilaf dari kami yg daif dan tidak sempurna,” tulisnya.

Malah, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka sekeluarga.

“Pada anda yang sentiasa mendu’akan kami masyaallah hanya allah yg dapat membalas jasa baik anda sekelian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan.

“Hati yg tenang itu sangat mahal harganya dan hanya allah yg dapat memberikan kita ketenangan. Sebagai insan wajib belajar dari segala kekhilafan dan mohon allah kekal kan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya allah yg tentukan. Kita terus berusaha selebih nya kita bertawakkal pada NYA. Salam buat semua anda insan2 hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan baragah allah aamiin allahumma aamiin,” tulisnya lagi diruangan kapsyen.

Ibu Aliff Aziz

Sebelum ini, Hafiza bertindak menyahaktifkan akaun Instagramnya selepas menerima pelbagai kritikan dan hentaman berkaitan konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Artikel Berkaitan: “Ini Versi Original” – Dituduh Masuk Campur Isu Rumah Tangga Anak, Netizen Samakan Ibu Aliff Aziz Dengan Watak ‘Halijah’

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Tak Mahu Cakap Perkara Negatif, Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Nur Sajat Has Her Own Show!

The lady has been the icon of controversy for the longest of time now but that does not mean her influence isn’t strong. Now, she has even has her own reality show!

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Bila dah jadi artis, semua benda orang nak ambil tahu.

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Panas! Ini Jawapan Hijabista Famous Menari Di Kelab Malam

Menurut Nisa, dia menari kerana telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu.

Hiburan Sun, 9 Jun 2024

Wajah Mirip Nobita Buat Syasya Rizal Terpikat Pada Suami

Syasya peminat cerita Doraemon, sekali dapat husband mirip Nobita.. comel jee tau lovebirds nii!