Categories: SelebritiTrending

“Semua Benda Saya Dah Fikir” – Nazim Othman Umum Bakal Bersara Dari Industri Seni

Pelakon Nazim Othman memaklumkan bahawa dia memiliki perancangan untuk bersara daripada industri seni.

Kongsinya, dia mahu bersara atas faktor yang disifatkan sebagai peribadi bukan kerana industri seni itu sendiri.

Namun begitu, Nazim juga meluahkan hasratnya untuk berlakon filem di bawah arahan beberapa pengarah hebat sebelum bersara.

“Saya nak bersara. Saya tak nak cakap bila tapi orang-orang terdekat saya tahulah saya punya perancangan tu.

“Dan saya ada beritahu beberapa pengarah hebat saya teringin nak berlakon dengan mereka sebelum saya bersara,” katanya.

Ditanya punca yang membuatnya untuk mengambil keputusan bersara, Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Malah, dia juga tidak mendedahkan secara terperinci bila bakal bersara.

“Kenapa saya fikir untuk bersara tu terlalu peribadi untuk dikongsikan. We’ll see. Minta maaf saya tak boleh kongsi.

“Semua benda saya dah fikirkan. Saya ni seorang yang detail-oriented. Saya ada saya pun exit plan,” ujarnya lagi.

Nazim ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 Rara Macam Dulu-Dulu sempena sambutan Ramadan dan Syawal kali ini di GlamHall Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Atiqah Johari