Selebriti By: Atiqah Johari June 12, 2024 @ 6:02pm

Sharnaaz Ahmad Muat Naik Foto & Puji Amelia Henderson, Aedy Ashraf Nafi Cemburu – “Saya Dengan Dia Macam Adik Abang”

Pelakon Aedy Ashraf tampil menjawab mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama kekasihnya, Amelia Henderson serta memuji aktres tersebut.

Malah, ada segelintir peminat dan warganet mendakwa tindakan Sharnaaz itu seperti tidak menjaga hatinya.

Susulan itu, Aedy menyatakan bahawa dia melihat perkara tersebut dari sisi positif dan menganggap Sharnaaz seperti abangnya sendiri.

“Dia punya teguran atau pujian tu satu perkara yang membina jadi tak perlu marah. Saya dengan dia macam adik abang. Kami berbalas komen di Instagram dan DM semua. Saya hormat dia sebagai seorang pelakon dan juga abang.

“Saya tak nampak kot maksud sebaliknya. Biasalah netizen. Saya tak nampak ia satu perkara yang negatif,” katanya.

Aedy ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council yang berlangsung di Lumi Tropicana, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambahnya, Amelia juga berhak dan layak untuk menerima pujian daripada mana-mana individu.

“Amelia juga seorang pelakon yang bagus. Jadi, siapa-siapa nak puji dia sudah tentunya dia layak untuk itu.

“Sekarang orang dah nampak dia sebagai pelakon yang bagus dan dia layak untuk menerima pujian,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dirinya cemburu dengan tindakan pelakon itu, Aedy menafikannya malah menganggap mereka bekerja dalam industri sama serta mempunyai hubungan seperti adik dan abang.

“Oh tidak. Kita sama industri. Dia pun macam abang untuk saya,” jawab Aedy ringkas.

Artikel Berkaitan: Peribadi Baik Punca Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson, Akui Lebih Tenang & Selamat

Artikel Berkaitan: “Cara Dia Tunjuk Concern Tu…” – Kongsi Sebab Tertarik Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Jawab Soal Perancangan Kahwin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023

Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Makin melampau pula ek! Min pantang betul lah bab pukul perempuan nih!😡

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Fri, 26 Oct 2018

费玉清「2019告別演唱会」最后一次登云顶舞台

「金嗓歌王」费玉清将于2019年4月12日及13日(星期六)晚上8时30分,再次踏上云顶云星剧场的舞台,举办他的个人告别演艺圈的巡回演唱会。

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Filem Wed, 20 Nov 2019

Kolaborasi MYDIN Dalam Misi Kembali Ke Sekolah Ejen Ali Lengkapkan Persiapan Persekolahan 2020!

Jangan lupa dapatkan barangan eksklusif kelengkapan persekolahan Ejen Ali!