Categories: SelebritiTrending

“Siapa Jantan Ni?” – Gara-Gara Komen Netizen, Fara Salleh Dakwa Terima Ugutan & Warning Daripada Shuk Sahar?

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fara Salleh mendedahkan bahawa dia menerima ugutan daripada pelawak, Shuk Sahar gara-gara ada individu meninggalkan komen di Instagramnya.

Menerusi perkongsian Fara, dia menerima ugutan menerusi kiriman Whatsapp daripada Shuk kerana ada salah seorang pengikutnya di Instagram meninggalkan komen ‘welcome back’ pada sebuah fotonya.

Malah, dia juga mendedahkan menerima amaran untuk memadam semua komen setiap kali memuat naik gambar di Instagramnya.

“Just because my followers comment at this picture ‘welcom back’ I received whatsapp threatening. 122k (followers) I don’t even know each of you, but I received a warning to delete all of your comment everytime I post a picture,” kata Fara.

Bukan itu sahaja, Fara juga mendedahkan kiriman suara Shuk menerusi Whatsapp yang mempersoalkan siapa individu yang meninggalkan komen tersebut dan memintanya untuk memadam dengan segera.

“Aku tanya kau ni. Siapa jantan ni sebenarnya? Kau siap ber ‘I you’ pulak dengan dia. Kau padam kau komen ‘I you’ dengan dia tu,” kata Shuk.

Terdahulu, Shuk didakwa menjalin hubungan dengan Fara di belakang bekas isterinya, Rossa Sera dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa berkahwin pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Artikel Berkaitan: Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Sahar, Fara Salleh Tinggal Sebumbung?

Artikel Berkaitan: Bengang Fara Salleh Sebar Nombor Telefon, Rossa Sera Pula Dedah Kerap Dihina? – “Kau Panggil Anakku Pelac*r, Mak Ayahku Muka B*bi”

Artikel Berkaitan: Mohon Maaf & Doa Orang Ramai Sebelum Tunai Umrah, Netizen ‘Sound’ Fara Salleh Minta Maaf Dekat Rossa Serra – “Berhenti Kacau Laki Orang Lepas Ini”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jaga Diri, Moga Jadi Ayah Yang Baik…” – Selepas Tular Berbalas Komen Dengan Fara, Kini Rossa Sera Titip Pesanan Buat Shuk

Atiqah Johari