Categories: SelebritiTrending

Status Di Platform X Disalah Erti, Sarimah Ibrahim Mohon Netizen Jangan Jadi Batu Api

Sebelum ini, hantaran pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah di platform X mendapat perhatian warganet malah ada segelintir yang mendakwa ia berkaitan tiga orang pengacara dalam sebuah pertandingan nyanyian di televisyen.

Susulan itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Sarimah memohon kepada warganet agar tidak menggunakan hantarannya itu untuk melaga-lagakannya dengan pengacara, Elly Mazlein.

Malah, dia juga menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan ditulis secara umum.

“Saya tidak komen mengenai cara pengacaraan sesiapa. Program itu pun saya tidak tonton, maaf, sebab hari Ahad saya sangat sibuk dengan kelas lakonan dan meluangkan masa bersama-sama keluarga.

“Jadi, apa yang saya kongsikan di media sosial tiada kena mengena
dengan sesiapa atau program apa. Persepsi orang berbeza dan cuba menjadi batu api.

“Saya sudah 28 tahun di dalam industri hiburan dan tidak mahu komen tentang gaya mengacara sesiapa kerana ia berbeza mengikut kesesuaian majlis. Asalkan profesional” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Sarimah juga menyatakan rancangan hiburan adalah untuk menghiburkan bukan untuk mencari salah.

“Rancangan hiburan adalah untuk menghiburkan bukan meminta kita menjadi pengkritik atau juri.

“Saya mahu fokus lakonan dan keluarga, tiada ada masa nak duduk dan perhatikan kesilapan orang lain.

“Itu bukan cara saya. Industri kita kecil, kita kena sokong antara satu sama lain,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari