Categories: SelebritiTrending

“Syamsul, Sarah Dah Tandatangani…” – Seusai Jatuh Talak, Peguam Maklum Kes Saman Terhadap Ira Kazar Selesai Sepenuhnya?

Peguam syarie yang mewakili pengarah Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan bahawa saman yang difailkan oleh pelakon Puteri Sarah terhadap Ira Kazar telah selesai sepenuhnya.

Memetik laporan Gempak, jelas Azmi, tiada lagi dakwaan antara kedua-dua belah pihak kerana Sarah dan Syamsul telah menandatangani untuk menyelesaikannya.

“Penyelesaian secara global (menyeluruh). Tiada dakwa-dakwa lagi antara kedua-dua belah pihak maknanya perjanjian (penyelesaian) menyeluruh, ya termasuk sivil.

“Ia berdasarkan penyelesaian penuh yang ditandatangani oleh Syamsul dan Puteri Sarah pada malam Selasa,” kata Azmi.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira Kazar atas dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama Syamsul.

Malah, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin juga dihalang untuk berada dekat dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarga, keluarga mentua, suaminya dan sesiapa yang berkaitan dengan Puteri Sarah.

Untuk makluman, kes saman terhadap bekas madunya selesai apabila Sarah dan Syamsul sah bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: “Sarah Tahu Mama Papa Sedih” – Sebak! Puteri Sarah Kongsi Perbualan Dengan Ibu Mentua

Artikel Berkaitan: Bersuara Isu Penceraian Puteri Sarah, Ustaz Ahmad Dusuki Minta Selamatkan Rumah Tangga… Netizen Pula Tak Setuju!

Artikel Berkaitan: Krisis Rumah Tangga Selesai, Puteri Sarah Luah Kelegaan

Artikel Berkaitan: Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

Sumber: Gempak

Atiqah Johari