Categories: SelebritiTrending

Tak Sedar Diri! Ayu Puteh Dedah Pengurus Artis Letak Harga Tinggi Tapi Lakonan Kayu – “Kau Tetap Pelakon Gred C”

Penerbit Datuk Ayu Puteh mendedahkan bahawa ada dalam kalangan pengurus artis yang meletakkan harga yang melampau untuk bakat baharu.

Memetik laporan mStar, Ayu berpendapat bahawa pengurus artis perlu berpijak di bumi yang nyata sebelum meletakkan sebarang harga terutamanya untuk pelakon baharu.

Jelasnya, sebagai penerbit dia tidak melihat rupa paras dalam meletakkan harga seseorang pelakon sebaliknya memandang bakat.

“Pengurus itu mungkin tak sedar diri sebab dia sudah terbiasa uruskan artis gred A dan terbawa-bawa karakter itu apabila menguruskan pelakon baru.

“Mungkin sebab artis baru ini cantik, kacak (letak harga tinggi) tapi jangan silap penerbit tidak melihat perkara itu tapi kalau kau berlakon ‘hampas’, bayaran tetap ‘fresh graduation’.

“Baru meletup satu drama dah letak harga tinggi! Walaupun baru tetapi kau tetap pelakon gred C bukannya gred A.

“Sabarlah, baru nak mula berlakon tak perlu letak harga tinggi,” jelasnya kepada mStar.

Susulan itu, dia juga mengingatkan anaknya, pelakon Wanna Ali mengenai perkara sama dan perlu sedar diri sebagai orang baharu dalam industri lakonan.

“Macam Wanna bayaran diterima ciput (sedikit) saja. Berlakon ekstra pun dia pernah buat.

“Saya selalu cakap kepadanya dia kena sedar diri yang dirinya pelakon baru. Kayu lagi, jiwa lakonan pun masih belum ada.

“Jadi, sesuailah dia jadi ekstra atau pun sekadar pelakon pembantu, bila lama-lama namanya makin meningkat barulah kita letak harga mengikut nilai sebab sudah buktikan yang dia boleh berlakon,” tuturnya.

Sumber: mStar

Atiqah Johari