Categories: SelebritiTrending

Tersenyum Manis, Ira Kazar Kongsi ‘Selfie’ Selepas Setahun Berdiam Diri

Sebelum ini, Ira Kazar memuat naik foto suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Instagram Stories (IGS) selepas suaminya itu sah bercerai dengan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Artikel Berkaitan: Selepas Lama Berdiam Diri, Ira Kazar Kongsi Gambar Suami Buat Pertama Kali

Terbaharu, Ira Kazar sekali lagi mencuri perhatian apabila dia memuat naik gambarnya selepas peguam mengesahkan bahawa kes samannya dengan Puteri Sarah akhirnya selesai secara baik di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: “Syamsul, Sarah Dah Tandatangani…” – Seusai Jatuh Talak, Peguam Maklum Kes Saman Terhadap Ira Kazar Selesai Sepenuhnya?

Artikel Berkaitan: Kes Saman Babitkan Puteri Sarah & Ira Kazar Selesai Luar Mahkamah

Menerusi hantarannya itu, Ira dilihat berkongsi swafoto dirinya yang sedang berada dalam kereta.

Ira mengenakan tudung berwarna krim dan berbaju hijau beserta senyuman manis.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Ira didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sejak beberapa tahun lepas.

Namun begitu, Syamsul mendedahkan dia telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand pada awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: “Kami Baik-Baik Saja” – Tak Terkesan Dengan Konflik Rumah Tangga Ira Kazar, Kakak Maklum Keluarga Jalani Kehidupan Macam Biasa

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

 

Atiqah Johari