Categories: SelebritiTrending

“Teruskan Sihir, Ketawakan, Rosakkan Hidup Hamba-Hamba Allah Yang Telah Kau Aniaya” – Nonny Nadirah

Selepas tiga tahun mendiamkan diri daripada industri hiburan, pelakon Nonny Nadirah tampil meluahkan perasaan di Instagram Storiesnya (IGS).

Menerusi hantarannya itu, Nonny memberi gambaran bahawa dirinya terkena sihir yang dilakukan oleh individu yang dikenalinya.

Malah, Nonny juga mendedahkan bahawa individu yang sama turut bertindak menyihir orang lain.

“Dia terlampau berlagak. Teruskan sihir, ketawakan, rosakkan hidup hamba-hamba Allah yang lain yang telah kau aniaya, lebih lagi mereka yang dah bertaubat.

“Tunggulah dekat kau nak mati nanti, kalau berpuluh orang kau buat, berpuluh tu jugaklah kau kena hadap,” tulisnya.

Melihat kepada luahannya itu, ia sekaligus memberi bayangan kepada punca Nonny menghilangkan diri sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Selepas 3 Tahun Menghilang, Mila Jirin Kongsi Momen Bertemu Nonny Nadirah

Atiqah Johari