Categories: SelebritiTrending

“Tolong Hormat!” – Terima Mesej Daripada Individu Tak Dikenali, Adira Suhaimi Bengang Ditawar Jadi ‘Skandal’

Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan ada individu lelaki mengirim mesej berbentuk negatif kepadanya.

Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Adira meluahkan rasa kesal apabila individu lelaki yang tidak dikenali memberi nombor telefonnya jika sedang mencari ‘skandal’.

“Okay sebenarnya saya bukan jenis orang yang suka melayan benda-benda negatif tapi this is too much!

“Berani ya kau bang ya! Adira boleh bergurau, buat kelakar-kelakar but not this one. Kalau saya mahu cari skandal, dari dulu lagi tak payah saya tunggu sampai beranak-pinak,” katanya.

Susulan itu, Adira sempat memberi amaran kepada individu tersebut dan para lelaki untuk tidak bergurau sedemikian serta akan membuat laporan polis jika berlarutan.

“Kau jangan ingat benda-benda macam ini boleh bawak bergurau. Bukan apalah saya buat video begini supaya tidak ada jantan-jantan gila yang berani DM saya begitu. Gila kau!

“Selagi kau duduk Malaysia, ada undang-undang. Tolong hormat sikit.

“Adira mahu cakap disini kalau kau berani lagi atau siapa-siapa yang berani DM Adira macam ini, Adira memang tak teragak-agak untuk buat report polis. Awas kau!,” tegas Adira.

Untuk rekod, Adira telah berkahwin dengan Adenan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub, 9 bulan.

Atiqah Johari