Categories: Selebriti

[VIDEO] Laungan Azan Pemuda Ini Bikin Sebak Dan Meremang Bulu Roma

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Sharul Kamal yang dahulunya pernah mencuri perhatian ramai dengan kelunakan laungan azan beliau disalah sebuah masjid di Mesir.

Dan kali ini, bersempena dengan bulan Ramadan, beliau ingin memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menggunakan kelebihannya itu untuk merakamkan laungan azan.

… Aku ada sikit nak kongsi untuk bulan puasa ni antaranya azan. Aku harap nanti bila dah upload full dekat YouTube, korang boleh jadikan azan aku sebagai korang punya alarm atau apa-apa.

“Aku tak minta lebih hanya nak korang tolong kongsi je nanti. Lagi ramai tahu lagi bersyukur. Nak buat saham akhirat je

“Dosa tak sikit ni tapi bersyukur sebab Tuhan bagi aku nikmat ni jadi aku gunakan ke arah yang Dia suka. Insya-Allah.

Terdahulu, beliau mengakui sedikit gementar apabila diminta oleh bilal masjid tersebut untuk mengalunkan azan penuh lebih-lebih lagi di salah sebuah masjid di Mesir.

Salma Syahbuddin