Categories: SelebritiTrending

[VIDEO] Sebak! Kenang Momen Beri Hadiah Kepada Rohana Jalil, Kila Fairy Ubati Hati Dengan Pakai Gelang Ibu

Pelakon cantik Kila Fairy memuat naik sebuah video yang memaparkan momen bersama ibunya iaitu penyanyi popular era 80-an, Allahyarham Rohana Jalil di Instagramnya.

Menerusi video perkongsian tersebut, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31 dilihat memberi seutas gelang emas kepada ibunya sebagai hadiah.

Namun, apa yang menyayat hati, Kila meletakkan emoji hati berkecai pada video tersebut sebagai kapsyen.

Malah, pada hantaran lain, Kila berkongsi foto tangannya yang kini pula memakai gelang emas pemberiannya kepada arwah ibu.

Tambah, kapsyen emoji yang sebelum ini menunjukkan hati berkecai menjadi hati yang telah dirawat.

Terdahulu, Rohana Jalil dilaporkan kritikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kebocoran pada usus perut.

Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dimaklumkan telah kembali kerahmatullah pada 21 Jun lalu kira-kira jam 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy ‘Throwback’ Momen Menyanyi Lagu ‘Resah Ku’ Bersama Arwah Rohana Jalil – “I Miss You, Ma”

Artikel Berkaitan: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia

 

Atiqah Johari