Categories: EventsHiburan

Selepas 12 Tahun, SHAKTI Kembali Ke Malaysia!

SHAKTI, pemuzik Jazz terkenal dunia bakal menghiburkan peminat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 Januari depan.

Pemain gitar, John McLaughlin, Zakir Hussain (Tabla), Shankar Mahadevan (Vokalis), Ganesh (Violin), V Selvaganesh (Percussion) sudah siap sedia membuat kemunculan semula selepas kumpulan ini berdepan ujian dengan kehilangan salah seorang anggota, Mandolin U. Srinivas.

Dengan penyertaan dari anggota baru, Ganesh Rajagopalan pada awal tahun ini, Shakti yakin dapat menambat semula peminat dengan magis tersendiri.

“Kami teruja untuk kembali ke Malaysia dan membawakan sesuatu yang baharu kepada peminat di sini.

“Peminat di Asia selalu memberikan layanan istimewa yang membuatkan kami tidak sabar untuk kembali semula ke sini,” kata John Mclaughlin yang pernah membuat persembahan di sini pada tahun 2007.

Sementara itu, John memberitahu mereka bakal membuat kejutan pada malam itu nanti dengan persembahan beberapa buah lagu dari album terbaharu, Is That So.

“Kami sendiri tidak sabar untuk mempersembahkan karya terbaharu yang saya sifatkan antara yang terhebat album terbitan Shankar Mahadevan dan Zakir Hussain,” katanya.

Dalam pada itu, John yang kini berusia 77 tahun tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pemuzik tanah air.

“Jika muzik kami sealiran, kena dengan jiwa, apa salahnya,” komennya ringkas.

Shakti ditubuhkan pada tahun 1973 yang dianggotai oleh John Mclaughlin dan pemain tabla, Zakir Hussain. Mereka juga pernah diangkat sebagai salah satu kumpulan pemuzik terbaik dunia.

Pembelian tiket boleh dilakukan bermula 7 Oktober di www.myticket.asia yang berharga RM 1255 (VIP), RM755 (Diamond), RM555 (Platinum), RM355 (Emas) RM255 (Silver).

Dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian 012- 2560082.

SGMS Faida