Selepas 3 Tahun Menghilang, Mila Jirin Kongsi Momen Bertemu Nonny Nadirah

Penyanyi Mila Jirin meluahkan rasa syukurnya selepas dapat bertemu kembali dengan kawan karibnya yang juga merupakan seorang pelakon, Nonny Nadirah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Mila menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Mila, dia sudah tiga tahun tidak bertemu dengan Nonny dan berharap agar aktres itu tidak menghilang kembali.

“Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah. Aku sayang kau @nonnynadirah jangan hilang lagi dari Radar persahabatan,” tulisnya.

Tambah Mila, dia sudah lama mencari Nonny selama ini, bahkan dia hampir untuk pergi ke rumah ibu aktres itu demi bertemu dengan rakan karibnya.

“MashaAllah, hari ni saya tak sangka sebab saya jumpa dengan seorang yang lama sangat saya cari. Nasib baik tak sampai depan pintu rumah mak dia saya ketuk.

“Dah nak pergi dah pun, dia tak bagi pergi. Kalau dia bagi alamat dah. Mana menghilang?,” katanya.

Teruja dapat bertemu dengan sahabatnya, Nonny bagaimana pun tidak menjawab persoalan pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu.

“Ya Allah, baru keluar daripada tak tahu lah,” katanya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Mila turut meluahkan rasa syukur dan rindu mereka terhadap Nonny.

Fatin Nurain