Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2024 @ 12:44pm

Selepas Bayar Wanita Untuk Lakukan S*ks, Virgoun Kini Ditahan Polis Berkait Kes Penyalahgunaan Dadah

Pelantun lagu popular, Surat Cinta Untuk Starla, Virgoun sekali lagi mencuri perhatian selepas terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah.

Virgoun atau nama penuhnya, Muhammad Virgoun Putra Tambunan, 38, ditahan pihak polis di Indonesia pada Khamis dan kini pihak berkuasa masih melakukan siasatan terhadap kes terbabit.

Berita penahanan penyanyi itu disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi.

“Benar, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah.

“Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Virgoun pernah mengejutkan ramai pihak apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Inara Rusli dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks.

Kata Inara menerusi perkongsian di Instagram, suaminya itu pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Bahkan, dia juag pernah dipaksa mengambil ubat kurus selain diminta membuka purdah yang dipakai.

“Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa. Ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami,” katanya.

Sekadar info,  Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan sah bercerai pada November 2023.

 

Sumber: Kompas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2024
Trending Fri, 27 Nov 2020
familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Trending Thu, 30 Jul 2020

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Jom sama-sama kita perbanyakkan doa di hari mulia ini..

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020