Selepas Beberapa Bulan Berehat, Nad Zainal Bakal ‘Live’ Di TikTok Malam Ini

Umum mengetahui berita sedih mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor gara-gara mengalami paru-paru berdarah.

Namun begitu, menerusi laporan rakan selebriti, keadaan Nad Zainal kini bertambah baik malah telah sedarkan diri di samping dipindahkan ke wad biasa.

Artikel Berkaitan: Dipindahkan Ke Wad Biasa, Keadaan Nad Zainal Semakin Baik… Sudah Boleh Berbual & Ketawa

Terbaru, Nad Zainal dilihat memuat naik hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) menyatakan dia akan melakukan siaran langsung (live) di TikTok pada 8 malam ini buat pertama kali selepas beberapa bulan dirawat di ICU.

Malah, dilihat pelakon Ungku Ismail turut berkongsi semula (repost) hantaran yang dimuat naik oleh Nad Zainal.

Atiqah Johari