Selepas Buka Tudung, Masya Masyitah Tampil Berseluar Pendek Atas Lutut Pula – “Makin Lama Makin Berani”

Nama penyanyi Masya Masyitah sering menjadi bualan ramai sejak-sejak akhir ini susulan penampilannya yang terkini yang tidak lagi berhijab.

Terbaharu, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusof sekali lagi menerima kritikan selepas memuat naik foto dirinya di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian tersebut, Masya berkongsi foto dia bersama seorang lelaki dipercayai adiknya yang sedang beriadah bersama.

Dalam foto tersebut, Masya dilihat mengenakan baju berwarna hijau serta dipadankan dengan seluar pendek sehingga menampakkan bahagian betisnya.

“You don’t know this new me, I put my back pieces, differently,” tulis Masya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap imej terbaharu pelantun lagu Halimunan itu.

Rata-ratanya mengritik penampilan Masya dengan mempersoalkan tindakan berani untuk mengenakan seluar di atas paras lutut itu.

Malah, ramai turut mendoakan agar urusan penyanyi ini dipermudahkan dan menganggap ini ujian buat Masya.

Minggu lalu, Masya mengejutkan ramai apabila tampil memuat naik foto dirinya persis barbie dengan tidak lagi mengenakan hijab.

Terdahulu, Masya juga pernah dikritik hebat oleh netizen apabila sering menggayakan fesyen yang aneh yang tidak mencerminkan imej sebagai seorang yang berhijab ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Pink & Tampil Seperti Barbie, Masya Masyitah Dah Freehair?

Khairil Khusyairi