Selepas Didakwa Lafaz Talak 3 Kali Tanpa Sebab, Cat Farish & Isteri Sah Bercerai

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu.

Susulan itu, isterinya itu mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.

Oleh itu, perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu, namun Cat dan isterinya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status perkahwinan mereka secara rasmi.

Artikel Berkaitan: “Sampai Hari Ini Saya Tertanya Kenapa Diceraikan” – 2 Tahun Berkahwin, Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali Dalam Satu Masa

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, menerusi sebuah hantaran Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48 baru-baru ini, seorang individu bertanyakan mengenai status perkahwinannya di ruangan komen.

Tidak berselindung, Cat menyatakan bahawa dia dan isterinya kini membawa haluan masing-masing diruangan komen tersebut.

Komen balas Cat tersebut sekaligus mengesahkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bercerai.

Atiqah Johari