Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi, Fiza Halim hangat menjadi perhatian ramai selepas heboh fotonya di Instagram dikatakan terlalu seksi kerana gaya tudungnya yang terdedah dibahagian leher.

Bukan itu sahaja, berdasarkan foto tersebut juga, Fiza memakai baju lengan panjang yang dilihat terlampau ketat sehingga menunjukkan ‘aset’nya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Terkini Fiza Halim Mengejutkan Ramai! Netizen Harap Kekal Istiqamah – “Semakin Seksi Nampak Bentuk Dada, Tudung Gaya Nak ‘Terbang’”

 

Berdasarkan hantaran terkini di Instagram, Fiza memuat naik sebuah swafoto berserta kapsyen yang seakan menjawab segala makian dan kritikan dilemparkan kepadanya.

Menurut Fiza, dia mengakui sudah lali dengan segala kecaman tersebut yang hanya lebih menyuntik dirinya untuk menjadi lebih semangat.

“Lagi korang kutuk, semangat tu lagi sampai. Banyak sangat dah kena keji, kena kecam, dah jadi lali. Saya hanya menjadi diri sendiri.. Tak perlu nak hipokrit,” katanya.

Sementara itu, Fiza juga memberi pesanan kepada pengikutnya untuk berhenti mengikutinya di laman sosial seandainya tidak menyukai.

“Tak gitu? Yang suka dan minat saya, sila follow. Kalau tak suka sila tekan butang unfollow ya. Sekian terima kasih,” tulisnya di Instagram berserta tanda pagar #Loveyouall.

Terdahulu, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Pada 2010, Fiza berkahwin dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah bersama juruterbang, Aizat Al Jefri.

Aqilah Paharuzi