Hiburan By: SGMS Faida January 29, 2019 @ 1:29pm

Selepas Filem Hanya Kawan, Jojie Aminuddin Berlakon Teater Komedi

Kakak kepada ratu rock negara Ella, Jojie Aminuddin bakal kembali ke dunia lakonan tidak lama lagi.

Kali terakhir berlakon dalam filem Hanya Kawan pada tahun 1997, Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin memaklumkan dia akan beraksi di pentas teater Dari Cherok Tok Kun Ke Gombak.

“ Jujur saya katakan, saya pada mulanya takut juga nak terima tawaran ini. Memandangkan dah lama saya tak berlakon tetapi bila tengok rakan-rakan pelakon yang lain bersemangat menjayakan teater ini, saya terus terima.

“ Ini merupakan teater komedi seram. Dengan penampilan pelawak seperti Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mami, Wan Raja, Ropie, Azharina dan ramai lagi, saya boleh bayangkan betapa gamatnya ketika sesi latihan nanti,” katanya kepada XTRA.

Menurut isteri kepada Syahrizal Ismail ini, dia juga tertarik dengan penceritaan tentang isu keruntuhan akhlak akibat najis dadah.

“ Saya berharap dengan pementasan teater ini nanti sedikit sebanyak dapat memberika kesedaran terhadap masyarakat tentang bahayanya dadah.

“ Kalau nak tengok saya berlakon komedi, anda harus datang nanti,” katanya.

Dari Cherok Tok Kun Ke Gombak dibawakan oleh Atlas One Events Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab SUK Selangor bersama rakan strategik iaitu Kerajaan Negeri Selangor (Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu & Warisan, Pemadam Selangor, Pemadam Pulau Pinang dan FUFC The Fighters).

Pementasan akan diadakan di Teater Shah Alam pada 22 hingga 23 Mac 2019 bermula 8.30 malam. Harga tiket adalah RM 60 (biasa) dan RM 120 (VIP termasuk tshirt istimewa).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Jul 2021

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Umum maklum, kerajaan bakal memberi kelonggaran buat kepada individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dibuat dengan mengambil kira […]

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

‘Sampai Hari Ini, Saya Masih Tak Percaya…’- Alif Satar

Konsert anjuran Philandure dan Komited Malaysia itu diadakan bagi mengumpul dana untuk enam pertubuhan terpilih.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Wow! BTS Datang Malaysia

BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa yang terdekat

Featured Fri, 25 Mar 2022