Hiburan By: Del14 November 6, 2019 @ 11:12am

Selepas Ironman, Alif Satar Dinobat Personaliti Tahun 2019!

Selepas berjaya mendapat gelaran Ironman di acara Ironman Langkawi baru-baru ini, penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar telah memenangi anugerah ‘Personality of the year 2019′ dari majalah eH! Malaysia pula malam semalam! Murah betul rezeki Alif tahun ini kerana sentiasa sibuk dengan projek-projek baharu sama ada dalam dunia lakonan, pengacaraan, termasuklah bersukan. 

Baca: Sertai Ironman Langkawi 2019, Alif Satar Disoal Bab Solat Pula?

“Alhamdullillah, saya rasa segan apabila menerima anugerah-anugerah seperti ini kerana saya rasa tidak layak,  tetapi saya amat bersyukur..terima kasih yang tak terhingga kepada @ehmalaysia untuk “Personaliti Tahun 2019”. Saya berasa rendah diri untuk menerima anugerah sebegini. Alhamdullillah,”tulis Alif di dalam kapsyennya. 

 Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku ini pernah dipuji kerana telah menyelamatkan keadaan apabila penyanyi Mark Adam membuat jenaka tentang bentuk badan hos Big Stage, Sherry Al-hadad beberapa bulan lepas.

Baca: “Dia Memang Gentleman”- Reaksi Netizen Bila Alif Satar Pertahankan Sherry Al-Hadad Daripada ‘Body Shaming’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

TAHNIAH! JOZLYN BAKAL DAPAT ANAK LAGI

Sebelum ini, video Johan tersasul mengatakan isterinya itu sedang hamil tidak mendapat sebarang komen daripada Ozlyn sendiri kerana ingin memastikan kandungannya itu stabil

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Happening Giler Fans Club Finalist AJL 33 Di Perkarangan Axiata Bukit Jalil

Selain peminat, fans club antara mereka yang memberi sokongan tanpa jemu pada artis idola mereka. Jom lihat diantara yang berlaku sebelum AJL 33 bermula

Featured Wed, 11 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!